Gereja menjadi Masjid di Bumi Eropah

Masjid Zakariyya
Sejarah berdirinya masjid ini bukanlah kisah yang singkat. Pada tahun 1965 hingga 1967 umat Islam Bolton dan Blackburn masih belum memiliki tempat untuk melaksanakan solat. Mereka terpaksa menggunakan The Aspinal, iaitu sebuah tempat menari yang digunakan pada waktu malam. Tempat tersebut dibersihkan oleh para sukarelawan untuk dijadikan sebagai tempat menunaikan solat Jumaat.

Jumlah para jamaa'ah yang semakin bertambah menyebabkan perlunya tempat yang lebih besar untuk menampung jumlah tersebut. Dengan sebab itu, bermulalah pencarian bangunan yang boleh digunakan sebagai masjid dan pusat Islam. Pada tahun 1967, ada penawaran pembelian bangunan bekas gereja komuniti Metodis yang terpaksa dijual kerana terbakar. Dengan dana 2750 pound sterling dari komuniti Muslim tempatan, akhirnya bangunan itu menjadi milik umat Islam. Bekas gereja tersebut kini disebut sebagai Masjid Zakariyya ( rujuk gambar ).

Bukan sahaja Masjid Zakariyya, malah beberapa masjid Inggeris pun memiliki kisah yang hampir sama dengan kisah masjid ini yakni sama-sama berasal dari gereja yang dijual, kehilangan pengikut dan sebagainya. Di bawah ini disertakan gambar-gambar masjid yang dulunya merupakan gereja.


Masjid Jami' London
Masjid Jami' London
Masjid ini memiliki sejarah yang unik dan panjang. Awalnya, bangunan ini merupakan gereja Protestan yang dibangunkan oleh komuniti Huguenot atau para pengikut Protestan yang lari dari Perancis kerana kekejaman penganut katolik. Akan tetapi kerana jama'ahnya yang semakin menurun, maka gereja ini dijual.

Pada tahun 1809, bangunan ini digunakan masyarakat London untuk mempromosikan Kristian kepada pada pengikut Yahudi. Program tersebut gagal dan bangunan ini diambil pula oleh komuniti Metodis pada tahun 1819.

Namun begitu, tahun 1897 menyaksikan tempat ini diambil pula oleh komuniti Yahudi ortodok. Penyusutan komuniti Yahudi ini menyebabkan bangunan ini ditutup sementara. Selepas tahun 1976, bangunan ini dibuka kembali dengan nama barunya, Masjid Jami' London.

Tempat ibadah ini juga dikenali dengan sebutan Masjid Brick Lane kerana posisinya di Brick Lane 52. Bangunan berdinding bata merah ini merupakan masjid terbesar di London, yang mampu menampung 4000 jamaa'ah.


Masjid Didsbury
Masjid Didsbury
Masjid Didsbury ini terletak di Burton Road, Didsbury Barat, Manchester. Bangunan yang digunakan sebelumnya merupakan bekas gereja komuniti Metodis yang diberi nama Albert Park. Pada tahun 1962, gereja ini telah ditutup dan berubah menjadi masjid dan pusat Islam. Masjid ini, kini mampu menampung 1000 jamaa'ah dan yang bertanggungjawab sebagai imam dan khatib hingga kini adalah Syeikh Salim As-Syaikhi.

Masjid Brent
Masjid Brent terletak di Chichele Road, London NW2, dengan kapasiti 450 orang dan dipimpin oleh Syeikh Muhammad Sadeez. Awalnya, bangunan ini merupakan sebuah gereja. Hingga kini ciri bentuknya tidak banyak berubah. Hanya ditambah kubah kecil berwarna hijau di beberapa bahagian dan puncak menara.

Masjid New Peckham

Masjid New Peckham ini didirikan oleh Syeikh Nadzim al-Kibrisi. Terletak berhampiran Burgess Park, tepatnya di London Selatan SE5. Kini masjid ini berada di bawah pengawasan Imam Muharrim Atlig dan Imam Hasan Bashri. Sebelumnya, masjid ini merupakan bekas gereja St Marks Cathedral.



Masjid Sentral Wembley

Masjid Sentral Wembley ini terletak di bandar Wembley, dekat dengan Wembley Park Station. Daerah ini memiliki komuniti Muslim yang besar dan banyak kedai-kedai Muslim yang berada di sekitarnya. Bangunan masjid ini merupakan bekas gereja.

Selain masjid-masjid yang dinyatakan di atas, banyak lagi masjid-masjid yang dahulunya merupakan gereja yang akhirnya terpaksa dijual disebabkan oleh kekurangan pengikut ajaran kristian. Akhirnya gereja-gereja ini dibeli oleh Muslim tempatan yang ingin menunaikan ibadah serta menjadikan Masjid sebagai pusat Islam.


Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.


Lihat sekeliling mu, pasti kau temui Pencipta

0 comments:

Post a Comment