Click Here !
Christian accepts Islam after challenging Zakir Naik at an Islamic Conference!
0 comments
Christian accepts Islam after posing a question to Dr. Zakir Naik. Young, brave and confident Christian from the audience in Toronto challenges Dr. Zakir Naik on the divinity of Jesus. By the end of Dr. Zakir Naik's anwer, brother Patrick becomes convinced, accepts Jesus and Muhammad (peace be upon them both) as messengers of Allah and embraces Islam. May Allah bless him and keep him steadfasr, ameen.
Click Here !
Click Here !
Gereja menjadi Masjid di Bumi Eropah
0 commentsMasjid Zakariyya |
Sejarah berdirinya masjid ini bukanlah kisah yang singkat. Pada tahun 1965 hingga 1967 umat Islam Bolton dan Blackburn masih belum memiliki tempat untuk melaksanakan solat. Mereka terpaksa menggunakan The Aspinal, iaitu sebuah tempat menari yang digunakan pada waktu malam. Tempat tersebut dibersihkan oleh para sukarelawan untuk dijadikan sebagai tempat menunaikan solat Jumaat.
Jumlah para jamaa'ah yang semakin bertambah menyebabkan perlunya tempat yang lebih besar untuk menampung jumlah tersebut. Dengan sebab itu, bermulalah pencarian bangunan yang boleh digunakan sebagai masjid dan pusat Islam. Pada tahun 1967, ada penawaran pembelian bangunan bekas gereja komuniti Metodis yang terpaksa dijual kerana terbakar. Dengan dana 2750 pound sterling dari komuniti Muslim tempatan, akhirnya bangunan itu menjadi milik umat Islam. Bekas gereja tersebut kini disebut sebagai Masjid Zakariyya ( rujuk gambar ).
Bukan sahaja Masjid Zakariyya, malah beberapa masjid Inggeris pun memiliki kisah yang hampir sama dengan kisah masjid ini yakni sama-sama berasal dari gereja yang dijual, kehilangan pengikut dan sebagainya. Di bawah ini disertakan gambar-gambar masjid yang dulunya merupakan gereja.
Masjid Jami' London |
Masjid Jami' London |
Masjid ini memiliki sejarah yang unik dan panjang. Awalnya, bangunan ini merupakan gereja Protestan yang dibangunkan oleh komuniti Huguenot atau para pengikut Protestan yang lari dari Perancis kerana kekejaman penganut katolik. Akan tetapi kerana jama'ahnya yang semakin menurun, maka gereja ini dijual.
Pada tahun 1809, bangunan ini digunakan masyarakat London untuk mempromosikan Kristian kepada pada pengikut Yahudi. Program tersebut gagal dan bangunan ini diambil pula oleh komuniti Metodis pada tahun 1819.
Namun begitu, tahun 1897 menyaksikan tempat ini diambil pula oleh komuniti Yahudi ortodok. Penyusutan komuniti Yahudi ini menyebabkan bangunan ini ditutup sementara. Selepas tahun 1976, bangunan ini dibuka kembali dengan nama barunya, Masjid Jami' London.
Tempat ibadah ini juga dikenali dengan sebutan Masjid Brick Lane kerana posisinya di Brick Lane 52. Bangunan berdinding bata merah ini merupakan masjid terbesar di London, yang mampu menampung 4000 jamaa'ah.
Masjid Didsbury |
Masjid Didsbury |
Masjid Didsbury ini terletak di Burton Road, Didsbury Barat, Manchester. Bangunan yang digunakan sebelumnya merupakan bekas gereja komuniti Metodis yang diberi nama Albert Park. Pada tahun 1962, gereja ini telah ditutup dan berubah menjadi masjid dan pusat Islam. Masjid ini, kini mampu menampung 1000 jamaa'ah dan yang bertanggungjawab sebagai imam dan khatib hingga kini adalah Syeikh Salim As-Syaikhi.
Masjid Brent |
Masjid Brent terletak di Chichele Road, London NW2, dengan kapasiti 450 orang dan dipimpin oleh Syeikh Muhammad Sadeez. Awalnya, bangunan ini merupakan sebuah gereja. Hingga kini ciri bentuknya tidak banyak berubah. Hanya ditambah kubah kecil berwarna hijau di beberapa bahagian dan puncak menara.
Masjid New Peckham |
Masjid New Peckham ini didirikan oleh Syeikh Nadzim al-Kibrisi. Terletak berhampiran Burgess Park, tepatnya di London Selatan SE5. Kini masjid ini berada di bawah pengawasan Imam Muharrim Atlig dan Imam Hasan Bashri. Sebelumnya, masjid ini merupakan bekas gereja St Marks Cathedral.
Masjid Sentral Wembley |
Masjid Sentral Wembley ini terletak di bandar Wembley, dekat dengan Wembley Park Station. Daerah ini memiliki komuniti Muslim yang besar dan banyak kedai-kedai Muslim yang berada di sekitarnya. Bangunan masjid ini merupakan bekas gereja.
Selain masjid-masjid yang dinyatakan di atas, banyak lagi masjid-masjid yang dahulunya merupakan gereja yang akhirnya terpaksa dijual disebabkan oleh kekurangan pengikut ajaran kristian. Akhirnya gereja-gereja ini dibeli oleh Muslim tempatan yang ingin menunaikan ibadah serta menjadikan Masjid sebagai pusat Islam.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.
Lihat sekeliling mu, pasti kau temui Pencipta
Back to Allah (Video)
0 comments
I Believe I can Fly (Back to Allah)
Talk by Ustaz Nouman Ali Khan is a contemporary young Muslim speaker and the CEO and founder of Bayyinah, an Islamic educational institution in the United States. The youngest of a rising group of Islamic speakers, he is often mentioned in the same company as English speaking scholars such as Hamza Yusuf, Tariq Ramadan, Siraj Wahaj, Yusuf Estes and Zaid Shakir amongst others.
Kisah Teladan (Nasihat)
0 comments
Ini adalah kisah wanita tua zaman nabi berulang di Amerika. Moga kita mendapat manfaat dari kisah ini..
Ingat lagi kisah seorang wanita tua yang sering menyakiti Rasulullah SAW?
Seorang wanita tua selalu menyakiti Baginda dengan meletakkan duri, najis dan lain-lain halangan di jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah SAW. Namun Rasulullah SAW tidak bertindak balas, Baginda SAW sentiasa bersabar. Akhirnya apabila wanita itu sakit, Rasulullah SAW menziarahi dan merawati menunjukkan kasih sayang terhadapnya, dengan keperibadian mulia yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW, lalu terbukalah pintu hidayah lantas wanita tua tersebut memeluk Islam di tangan Baginda.
Kisah yang seakan sama berlaku pada masa kini di Amerika Syarikat. Diceritakan oleh Suhaib Webb antara beberapa siri cerama beliau di Youtube.
Suhain menceritakan seorang Islam dari Sudan menetap di kediaman yang banyak kes jenayah iaitu di Bronx, New York. Jiran warga Sudan itu ialah seorang wanita tua Yahudi.
Warga Sudan dan isterinya sering menyapa dan memberi makanan kepada jiran Yahudi tersebut. Tetapi wanita itu mencampakkan segala pemberian dan sering memarahi mereka. Tetapi keluarga warga Sudan itu terus menyantuni jirannya, kerana ini adalah tuntutan Islam dalam hak berjiran.
Pada satu hari, wanita tua Yahudi itu dirompak, lalu warga Sudan tersebut ternampak dan menyelamatkannya. Akibat kecederaan wanita tua Yahudi itu terlantar di hospital. Di hospital tiada siapa yang menziarahinya, hanya warga Sudan itu sahaja. Tetapi wanita tua Yahudi itu masih tetap memarahinya
Apabila sihat, wanita tua Yahudi itu kembali ke rumah, namun warga Sudan tersebut masih berbuat baik kepada kepada jirannya walaupun wanita tua Yahudi itu tidak menyukainya.
Akhirnya wanita tua Yahudi tersebut jatuh sakit. Sekali lagi dia terlantar di hospital dan tiada sesiapa juga yang menziarahi hanya warga Sudan dan isterinya shaja. Dengan keperibadian Islam yang ada pada warga Sudan tersebut menarik perhatian wanita tua Yahudi itu, lalu bertanyalah kepada warga Sudan tersebut mengenai Islam, akhirnya terbukalah pintu hidayah lalu wanita tua Yahudi itu memeluk Islam. Subhanallah...
Tiga hari selepas memeluk Islam, wanita tua Yahudi itu tadi menemui ajal, menghadap Allah SWT. Apabila dibacakan wasiat, wanita tua Yahudi itu telah menyerahkan semua hartanya kepada warga Sudan tersebut.
Siapakah Suhaib? layari laman web beliau www.suhaibwebb.com
Firman Allah yang bermaksud:
"Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah , dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu dalam kebinasaan dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik" (Surah al-Baqarah 2:195)
Islam menyeru umatnya berbuat baik sesama makhluk, baik berupa manfaat ilmu, harta benda dan juga yang berbentuk nasihat keagamaan, sepertimana sabda Rasulullah SAW : Sesungguhnya Allah mewajibkan berbuat ihsan atas setiap sesuatu.
Wallahu'alam
credit to:
Koleksi Masjid Terindah (5 Gambar)
Assalamualaikum.Ini adalah antara koleksi-koleksi masjid yang terindah.
A mosque (/mɒsk/; Arabic:مسجد) is a place of worship for followers of Islam. The word entered English from a French word which probably derived fromItalian moschea, a variant of Italian moscheta, from either Armenian mzkiṭ or Greek μασγίδιον, from Arabic masjid, meaning "place of worship" or "prostration in prayer", from the Arabic sajada, meaning "to bow down in prayer" or "worship", probably ultimately of Aramaic origin.(Wikipedia)
Sebab Tinggalkan Gereja (Hujah 1)
Hujah ini adalah diperoleh daripada karangan seorang hamba Allah yang diberi nama Muhd Yusuf Marlon Bin Abdullah..semoga segala karangan beliau dapat kita ambil iktibar. Karangan beliau menyatakan hujah kenapa beliau meninggalkan gereja dan memilih masjid.
Berikut merupakan hujah pertama beliau iaitu Paulus: Pengasas Agama Kristian.
Muhd Yusuf
Marlon Bin Abdullah
PAULUS: PENGASAS AGAMA
KRISTIAN
Dalam sejarah sudah pasti kitab
Injil dan kitab Taurah yang asal tidak wujud lagi namun penulis yakin bahawa
kitab Bible yang ada sekarang (Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru) pasti kita
akan menemui petunjuk kerana bukan semua
ayat yang ada di dalamnya diubah. Sudah pasti ada ayat-ayat yang kekal dan
terpelihara keasliannya walaupun dalam bahasa yang berlainan namun maksud yang
sama.
Paulus merupakan
seorang Yahudi yang lahir di Tarsus di Tanah Kilikia (Kisah Rasul-Rasul 22:3),
berketurunan Farisi (Filipi 3:5), beliau sebenarnya bukan seorang dari 12 pengikut
awal Yesus a.s., bahkan Paulus adalah penentang kepada ajaran yang dibawa oleh
Yesus a.s. buktinya ialah beliau sendiri yang menceritakan dalam Kisah Rasul-Rasul
22:1-5.
“Paulus berkata, Bapa-bapa dan saudara sekalian, dengarkanlah apa
yang hendak kukatakan kepadamu sebagai pembelaan diri. “Ketika orang banyak itu
mendengar ia berbicara dalam bahasa Ibrani, makin tenanglah mereka. Ia berkata:
Saya adalah orang Yahudi, lahir di Tarsus di tanah Kilikia, dan dibesarkan di
Yerusalem sebagai murid Gamaliel; Saya diajar dengan teliti tentang Taurat
nenek moyang kita, sehingga aku menjadi seorang giat bekerja bagi Allah sama
seperti kamu semua pada waktu ini. Dan aku telah menganiaya pengikut-pengikut
Jalan Tuhan[1]
sampai mereka mati; laki-laki dan perempuan kutangkap dan kuserahkan ke dalam
penjara. Tentang hal itu baik Imam Besar mahupun semua anggota Majlis Agama
dapat memberi kesaksian. Dari mereka aku telah membawa surat-surat untuk
saudara-saudara di Damsyik dan aku telah pergi ke sana untuk menangkap
penganut-penganut Jalan Tuhan yang terdapat juga di situ dan membawa mereka ke
Yerusalem untuk dihukum”.
Kitab Bible pada
asasnya ada empat Gospel (sumber), Matius, Markus, Lukas dan Yohanes (Yahya).
Gospel yang paling awal ialah Gospel Markus dan yang lain-lain datang kemudian.
Gospel Yohanes diragui keasliannya oleh para ulama Kristian. Di dalam kitab
Bible juga terdapat “Empat Belas Surat kepada Paulus” yang datang kemudian.
Gospel Barnabas pula diketepikan dan tidak dijadikan sebagai sumber rujukan
kerana kononnya menyeleweng.
Dr. Maurice
Bucaille (1979), seorang ulama Perancis yang terkenal mengatakan bahawa Paulus
seperti berikut:
“Paulus merupakan orang
yang paling kontroversi dalam aliran Kristianiti. Beliau merupakan pengkhianat
kepada Yesus a.s. dan ajaran yang dipraktikkan oleh sebilangan keluarga
terdahulu dan kepada salah seorang pengikut setia Yesus a.s. iaitu James yang
tinggal di Jerusalem (Palestine). Paulus mencipta Kristianiti menggunakan
orang-orang yang menjadi pengikut Yesus a.s. untuk menyebarkan ajarannya”.
Sementara itu, Ensiklopedia
Britannica menggambarkan bahawa Paulus seperti berikut:
“Sekumpulan penulis
seperti W. Wrede secara tidak berniat untuk menentang Paulus berpendapat bahawa
Paulus memang merubah agama Kristianiti dan itulah sebabnya beliau merupakan
pengasas yang kedua. Hakikatnya, beliau merupakan pengasas kepada “Gereja
Kristianiti” yang tersangat berbeza dengan agama Kristianiti yang dibawah oleh Yesus
a.s. Mereka mengatakan “Ikut Yesus atau Ikut Paulus”, hakikatnya tidak
boleh mengikuti kedua-duanya”.
Ayat di atas
sangat jelas, semua orang boleh faham dan tahu bahawa tidak boleh mentaati dua
orang pemimpin dalam satu masa, dua arahan dan bahkan melaksanakan dua
keinginan dalam satu masa. Sangat tidak lojik dan tidak rasional jika dua
peraturan akan dilaksanakan dalam satu masa sedangkan kedua-duanya bertentangan
di antara satu sama lain.
Itulah
sebenarnya yang harus kita ambil perhatian iaitu mengkaji tentang ajaran yang
kita amalkan terutamanya sumber-sumber peraturan dan undang-undang yang kita
laksanakan sepanjang hidup kita. Sebagai contoh, ajaran Paulus dalam “Empat Belas
Surat kepada Paulus” yang sangat-sangat bertentangan dengan Gospel-Gospel yang
lain. Perbezaan yang sangat-sangat besar sehingga boleh merosakkan akidah dan
ajaran yang dibawah oleh Jesus a.s.
Mengenai perkara
ini, Yesus a.s. memberi peringatan bagaimana manusia dapat membezakan nabi
palsu dan nabi tulen. Disebut dalam kitab Bible seperti berikut:
“Waspadalah terhadap
nabi palsu. Mereka datang kepada kamu dengan rupa domba, tetapi sebenarnya
mereka seperti serigala buas. Kamu akan mengenal mereka melalui hasil perbuatan
mereka. Belukar berduri tidak menghasilkan buah anggur dan semak berduri tidak
menghasilkan buah ara. Tetapi pokok yang subur menghasilkan buah yang baik dan
pokok yang tidak subur menghasilkan buah yang buruk. Pokok yang subur tidak
dapat menghasilkan buah yang buruk dan pokok yang tidak subur tidak dapat
menghasilkan buah yang baik. Setiap pokok yang tidak menghasilkan buah yang
baik, ditebang lalu dibakar. Demikianlah kamu akan mengenal nabi palsu
melalui perbuatan mereka”. (Matius 7:15-20)
Sudah jelas dan
nyata bukti yang ada dalam kitab Bible sendiri tetapi yang anehnya umat
Kristian masih tidak membuka minda untuk perkara ini. Kenapa perkara ini boleh
berlaku? Adakah kerana mereka tidak menjumpai ayat ini? Tidak membaca
kitab mereka sendiri? Ataupun mereka memang tahu tetapi buat-buat tidak
tahu dan tidak mengerti apa yang ingin sampaikan ayat tersebut.
Sudah jelas jika
namanya manusia pasti sumber rujukan undang-undang kehidupan bersumberkan dari Sang Pencipta dan bukannya
akal manusia yang sentiasa melakukan kesilapan. Manusia pasti menginginkan
peraturan hidup yang sempurna dan jauh dari pengaruh kepentingan segelintir
manusia yang tamak dengan harta, pangkat dan nama.
Lihat firman Allah s.w.t. di dalam
al-Quran:
Maksudnya:
“Dan Kami turunkan kepadamu (Wahai
Muhammad) Kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran untuk mengesahkan benarnya
kitab-kitab suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta
mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan
apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut
kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang
kepadamu dari kebenaran bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu. Kami
jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh
masing-masing) dan kalau Allah menghendaki nescaya ia menjadikan kamu satu umat
(yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi ia hendak menguji kamu (dalam
menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah
kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh) kepada Allah jualah tempat kembali kamu
semuanya, maka ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.” (al-Maidah 5:48)
FirmanNya lagi:
Maksudnya:
“Sesungguhnya keterangan Al-Quran
adalah kata-kata pemutus (yang sebenar)”. (al-Thariq 86: 13)
Penulis sering
kali membawa contoh bahawa jika dahulunya pada zaman Yesus a.s. membawa
undang-undang maka wajiblah setiap umatnya mengikuti peraturan tersebut namun
jika sampai masanya untuk digantikan tempatnya sebagai pemimpin maka peraturan
dan undang-undang manakah yang harus dituruti dan ditaati. Erti kata lain,
boleh jadi peraturan yang lama akan terhapus atau pun mungkin boleh jadi
diganti dengan peraturan yang lebih baik dan lebih sistematik. Sekarang
siapakah pengganti tersebut? Bukankah Nabi Muhammad s.a.w.? Diutuskan untuk
menyempurna risalah kenabian yang terakhir. Jawapannya satu sahaja, tunggu dan
lihat kedatangan Yesus a.s. untuk menjelaskan isu ini namun persoalannya bila ia
akan datang kembali? Adakah para penganut agama Kristian dapat menjamin bahawa
mereka masih hidup waktu Yesus sampai di bumi ini? Bagaimana jika tidak sempat?
Sudah pasti mereka akan mati dalam kesesatan kerana mempercayai akidah yang
salah. Ingat bahawa di hari akhirat kelak para Nabi tidak akan memberi syafaat
jika umat mereka berada dalam landasan yang salah.
Subscribe to:
Posts (Atom)