Hujah ini adalah diperoleh daripada karangan seorang hamba Allah yang diberi nama Muhd Yusuf Marlon Bin Abdullah..semoga segala karangan beliau dapat kita ambil iktibar. Karangan beliau menyatakan hujah kenapa beliau meninggalkan gereja dan memilih masjid.
Berikut merupakan hujah pertama beliau iaitu Paulus: Pengasas Agama Kristian.
Muhd Yusuf
Marlon Bin Abdullah
PAULUS: PENGASAS AGAMA
KRISTIAN
Dalam sejarah sudah pasti kitab
Injil dan kitab Taurah yang asal tidak wujud lagi namun penulis yakin bahawa
kitab Bible yang ada sekarang (Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru) pasti kita
akan menemui petunjuk kerana bukan semua
ayat yang ada di dalamnya diubah. Sudah pasti ada ayat-ayat yang kekal dan
terpelihara keasliannya walaupun dalam bahasa yang berlainan namun maksud yang
sama.
Paulus merupakan
seorang Yahudi yang lahir di Tarsus di Tanah Kilikia (Kisah Rasul-Rasul 22:3),
berketurunan Farisi (Filipi 3:5), beliau sebenarnya bukan seorang dari 12 pengikut
awal Yesus a.s., bahkan Paulus adalah penentang kepada ajaran yang dibawa oleh
Yesus a.s. buktinya ialah beliau sendiri yang menceritakan dalam Kisah Rasul-Rasul
22:1-5.
“Paulus berkata, Bapa-bapa dan saudara sekalian, dengarkanlah apa
yang hendak kukatakan kepadamu sebagai pembelaan diri. “Ketika orang banyak itu
mendengar ia berbicara dalam bahasa Ibrani, makin tenanglah mereka. Ia berkata:
Saya adalah orang Yahudi, lahir di Tarsus di tanah Kilikia, dan dibesarkan di
Yerusalem sebagai murid Gamaliel; Saya diajar dengan teliti tentang Taurat
nenek moyang kita, sehingga aku menjadi seorang giat bekerja bagi Allah sama
seperti kamu semua pada waktu ini. Dan aku telah menganiaya pengikut-pengikut
Jalan Tuhan[1]
sampai mereka mati; laki-laki dan perempuan kutangkap dan kuserahkan ke dalam
penjara. Tentang hal itu baik Imam Besar mahupun semua anggota Majlis Agama
dapat memberi kesaksian. Dari mereka aku telah membawa surat-surat untuk
saudara-saudara di Damsyik dan aku telah pergi ke sana untuk menangkap
penganut-penganut Jalan Tuhan yang terdapat juga di situ dan membawa mereka ke
Yerusalem untuk dihukum”.
Kitab Bible pada
asasnya ada empat Gospel (sumber), Matius, Markus, Lukas dan Yohanes (Yahya).
Gospel yang paling awal ialah Gospel Markus dan yang lain-lain datang kemudian.
Gospel Yohanes diragui keasliannya oleh para ulama Kristian. Di dalam kitab
Bible juga terdapat “Empat Belas Surat kepada Paulus” yang datang kemudian.
Gospel Barnabas pula diketepikan dan tidak dijadikan sebagai sumber rujukan
kerana kononnya menyeleweng.
Dr. Maurice
Bucaille (1979), seorang ulama Perancis yang terkenal mengatakan bahawa Paulus
seperti berikut:
“Paulus merupakan orang
yang paling kontroversi dalam aliran Kristianiti. Beliau merupakan pengkhianat
kepada Yesus a.s. dan ajaran yang dipraktikkan oleh sebilangan keluarga
terdahulu dan kepada salah seorang pengikut setia Yesus a.s. iaitu James yang
tinggal di Jerusalem (Palestine). Paulus mencipta Kristianiti menggunakan
orang-orang yang menjadi pengikut Yesus a.s. untuk menyebarkan ajarannya”.
Sementara itu, Ensiklopedia
Britannica menggambarkan bahawa Paulus seperti berikut:
“Sekumpulan penulis
seperti W. Wrede secara tidak berniat untuk menentang Paulus berpendapat bahawa
Paulus memang merubah agama Kristianiti dan itulah sebabnya beliau merupakan
pengasas yang kedua. Hakikatnya, beliau merupakan pengasas kepada “Gereja
Kristianiti” yang tersangat berbeza dengan agama Kristianiti yang dibawah oleh Yesus
a.s. Mereka mengatakan “Ikut Yesus atau Ikut Paulus”, hakikatnya tidak
boleh mengikuti kedua-duanya”.
Ayat di atas
sangat jelas, semua orang boleh faham dan tahu bahawa tidak boleh mentaati dua
orang pemimpin dalam satu masa, dua arahan dan bahkan melaksanakan dua
keinginan dalam satu masa. Sangat tidak lojik dan tidak rasional jika dua
peraturan akan dilaksanakan dalam satu masa sedangkan kedua-duanya bertentangan
di antara satu sama lain.
Itulah
sebenarnya yang harus kita ambil perhatian iaitu mengkaji tentang ajaran yang
kita amalkan terutamanya sumber-sumber peraturan dan undang-undang yang kita
laksanakan sepanjang hidup kita. Sebagai contoh, ajaran Paulus dalam “Empat Belas
Surat kepada Paulus” yang sangat-sangat bertentangan dengan Gospel-Gospel yang
lain. Perbezaan yang sangat-sangat besar sehingga boleh merosakkan akidah dan
ajaran yang dibawah oleh Jesus a.s.
Mengenai perkara
ini, Yesus a.s. memberi peringatan bagaimana manusia dapat membezakan nabi
palsu dan nabi tulen. Disebut dalam kitab Bible seperti berikut:
“Waspadalah terhadap
nabi palsu. Mereka datang kepada kamu dengan rupa domba, tetapi sebenarnya
mereka seperti serigala buas. Kamu akan mengenal mereka melalui hasil perbuatan
mereka. Belukar berduri tidak menghasilkan buah anggur dan semak berduri tidak
menghasilkan buah ara. Tetapi pokok yang subur menghasilkan buah yang baik dan
pokok yang tidak subur menghasilkan buah yang buruk. Pokok yang subur tidak
dapat menghasilkan buah yang buruk dan pokok yang tidak subur tidak dapat
menghasilkan buah yang baik. Setiap pokok yang tidak menghasilkan buah yang
baik, ditebang lalu dibakar. Demikianlah kamu akan mengenal nabi palsu
melalui perbuatan mereka”. (Matius 7:15-20)
Sudah jelas dan
nyata bukti yang ada dalam kitab Bible sendiri tetapi yang anehnya umat
Kristian masih tidak membuka minda untuk perkara ini. Kenapa perkara ini boleh
berlaku? Adakah kerana mereka tidak menjumpai ayat ini? Tidak membaca
kitab mereka sendiri? Ataupun mereka memang tahu tetapi buat-buat tidak
tahu dan tidak mengerti apa yang ingin sampaikan ayat tersebut.
Sudah jelas jika
namanya manusia pasti sumber rujukan undang-undang kehidupan bersumberkan dari Sang Pencipta dan bukannya
akal manusia yang sentiasa melakukan kesilapan. Manusia pasti menginginkan
peraturan hidup yang sempurna dan jauh dari pengaruh kepentingan segelintir
manusia yang tamak dengan harta, pangkat dan nama.
Lihat firman Allah s.w.t. di dalam
al-Quran:
Maksudnya:
“Dan Kami turunkan kepadamu (Wahai
Muhammad) Kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran untuk mengesahkan benarnya
kitab-kitab suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta
mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan
apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut
kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang
kepadamu dari kebenaran bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu. Kami
jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh
masing-masing) dan kalau Allah menghendaki nescaya ia menjadikan kamu satu umat
(yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi ia hendak menguji kamu (dalam
menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah
kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh) kepada Allah jualah tempat kembali kamu
semuanya, maka ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.” (al-Maidah 5:48)
FirmanNya lagi:
Maksudnya:
“Sesungguhnya keterangan Al-Quran
adalah kata-kata pemutus (yang sebenar)”. (al-Thariq 86: 13)
Penulis sering
kali membawa contoh bahawa jika dahulunya pada zaman Yesus a.s. membawa
undang-undang maka wajiblah setiap umatnya mengikuti peraturan tersebut namun
jika sampai masanya untuk digantikan tempatnya sebagai pemimpin maka peraturan
dan undang-undang manakah yang harus dituruti dan ditaati. Erti kata lain,
boleh jadi peraturan yang lama akan terhapus atau pun mungkin boleh jadi
diganti dengan peraturan yang lebih baik dan lebih sistematik. Sekarang
siapakah pengganti tersebut? Bukankah Nabi Muhammad s.a.w.? Diutuskan untuk
menyempurna risalah kenabian yang terakhir. Jawapannya satu sahaja, tunggu dan
lihat kedatangan Yesus a.s. untuk menjelaskan isu ini namun persoalannya bila ia
akan datang kembali? Adakah para penganut agama Kristian dapat menjamin bahawa
mereka masih hidup waktu Yesus sampai di bumi ini? Bagaimana jika tidak sempat?
Sudah pasti mereka akan mati dalam kesesatan kerana mempercayai akidah yang
salah. Ingat bahawa di hari akhirat kelak para Nabi tidak akan memberi syafaat
jika umat mereka berada dalam landasan yang salah.