Apa Istimewanya Seorang Muslim ?

0 comments

Seorang Muallaf wanita yang baru sahaja memeluk Islam, ditemubual oleh wartawan yang mengerumuninya. Mereka ingin tahu, kenapa ? Sedangkan selama ini, dialah menjadi sanjungan masyarakat yang beragama serupa dengan agamanya sebelum Islam. Beliau terkenal dengan taat dalam beragama dan sangat fanatik terhadap agamanya.

"aku pilih Islam kerana Islam adalah agama kebenaran !" Jawabnya yakin. Namun wartawan-wartawan tersebut belum berpuas hati dengan jawapan tersebut.

"Aku memilih Islam kerana Allah telah menunjukkan kepada ku kebenaran. Dan aku lihat pada agama ini, ada sesuatu yang sangat menabjubkan sehingga aku telah jatuh cinta, lalu tidak mungkin aku melepaskan cinta ini".

Wartawan itu bertanya lagi.

"Apa istimewanya kamu menjadi seorang Muslim .. ? "

Wanita itu tersenyum.

"Kamu akan rasa betapa pengharapan pada Tuhan itu infiniti, kamu sesekali tidak akan disentuh dengan perasaan putus asa, dan kamu akan lihat dunia ini terlalu sempit, jika kamu bandingkan dengan keluasan akhirat. Inilah Islam yang aku anuti, dan aku tinggalkan segala agama yang penuh keraguan dan tidak berpijak pada kebenaran yang sebenar-benarnya. Aku mahu mati dalam agama ini." 


Islam Agama Fitrah

  Islam diturunkan bukan untuk menghalang fitrah manusia yang selalu digembar-gemburkan oleh musuh-musuh Islam bahkan Islam diturunkan adalah untuk meraikan fitrah manusia da ia selari tanpa ada sedikitpun pelanggaran dan pertembungan dengan fitrah.

  Contohnya, fitrah manusia yang mudah tertarik pada berlainan jantina, maka Islam meraikannya melalui perkahwinan. Jika dilihat pada agama krisitian dan buddha, paderi dan sami mereka dilarang untuk berkahwin, dan ini jelas bertentangan dengan fitrah manusia itu sendiri.

  Jika kita perhalusi setiap patah ayat yang terkandung di dalam al-Quran, kita akan dapati bahawa setiap apa yang disuruh dalam Islam itu akan membawa kepada kebaikan dan kebahagiaan, dan apa yang dilarang dalam Islam itu membawa kepada keburukan dan kesengsaraan.

  Sebagai contohnya, Islam melarang umatnya meminum arak. Kita sudah sedia maklum akibat minum arak ini yang boleh menyebabkan seseorang itu hilang akal dan kewarasan. Sebab itulah banyak kes-kes yang berlaku mutakhir ini yang disebabkan oleh pengaruh alkohol yang memabukkan sehingga boleh mendatangkan kecederaan kepada si pemabuk mahupun orang lain.

  Maka dengan sebab itu lah, Islam datang untuk menjaga manusia. Sama ada dari segi pemikirannya, dari segi pergaulannya, dari segi ekonominya, serta perkara-perkara lain dalam kehidupan seharian manusia.



sumber : halaqahmaya