Sharing

0 comments
Pautan ini adalah untuk memperkenalkan sebuah badan konsultan yang berteraskan Islam.

CONSULTANT MOTIVASI ISLAM

"Deen consultant adalah sebuah Syarikat Perunding Motivasi Islam ke arah kecemerlangan diri secara bersepadu. Modul utama yang dibangunkan memberi fokus kepada penekanan rohaniah sekaligus menjana kecemerlangan diri, akademik, ibadah, sahsiah dan korporat serta kecemerlangan kerjaya. 
Setiap peserta akan dibawa ke suatu perjalanan yang mana setiap modul-modul yang dibawa akan memberi erti yang tersendiri kepada para peserta. Modul-modul yang terdapat dalam perkhidmatan kami telah disusun dan digubal khas untuk semua lapisan masyarakat yang mengikutnya. Dengan barisan para penceramah, fasilitator, motivator dan jurulatih tersenfiri (termasuk bersama pakej) pihak kami bersedia untuk memberikan khidmat yang terbaik dan berkualiti tinggi semasa program ini dijalankan di mana sahaja undangan ini diterima."

Marilah kita sama-sama menjalani kehidupan yang berteraskan ajaran Islam dalam kehidupan  seharian. Ajaklah kawan-kawan, saudara mara serta sesiapa sahaja untuk sama menghayati Islam. Islam itu indah.


USRAH

untuk lebih info tentang usrah, jom klik link Usrah ni



Perkataan usrah berasal dari kalimah Arab 'al-usrah yang bermaksud keluarga. Manakala menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, keluarga bermaksud kaum, saudara mara, kaum kerabat, sanak saudara atau pun ia disebut sebagai Famili. Di dalam kammus al-Munjid Fi al-Lughatu Wa al-A'lam adalah mufrad iaitu satu kumpulan yang mempunyai hubungan yang kukuh.

Manakala dari segi istilahnya pula, usrah bermaksud kumpulan atau individu atau mukmin yang beriman dengan agama Islam, berusaha dan tolong- menolong di antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Islam berdasarkan kepada perintah Allah di dalam surah al-Maaidah ayat 2 yang bermaksud “ Dan hendaklah kamu bertolong-tolong untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolong dalam membuat dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaan-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahnya).

Pembentukan Usrah yang pertama yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w ialah di rumah al-Arqam bin Abi –Arqam. Rasul mengajar mereka yang hadir setiap ayat Quran yang diturunkan. Baginda juga menekankan proses pembinaan sifat-sifat luhur seperti baik hati,amanah, bertanggungjawab, bercakap benar, berani dan sebagainya di dalam diri para sahabat.

Jelaslah di sini bahawa ‘usrah’ bukan sahaja tempat untuk menyampaikan atau mendapatkan ilmu, malahan ia merupakan tempat untuk sesama ahli kumpulan membincangkan sesuatu masalah yang timbul dan juga tempat untuk membentuk peribadi dan sahsiah ahli usrah dan bertolong-tolong apabila ada ahli yang ditimpa kesusahan. Usrah juga merupakan satu medium dakwah untuk berdialog mengenai Islam secara dinamik.






0 comments:

Post a Comment