Ibrahim Killington, dari Mengkaji Paganisme Hingga Menemukan Islam

0 comments
Perjalanan mencari Islam selalu menarik dan unik untuk diketahui, begitu juga kisah seorang mualaf asal Inggeris ini. Berawal dari keinginan untuk mengkaji paganisme namun akhirnya boleh mencari cahaya dan hidaya Islam, ini kisahnya:




Nama saya Ibrahim Killington.

Sebelum saya masuk Islam, hidup saya benar-benar hanya terfokus pada minuman, ubat-ubatan, dan bersenang-senang semata-mata.

Seluruh tujuan hidup hanya untuk bersenang-senang, ketawa, dan tidak ada yang dilakukan selain bersenang-senang, mungkin sampai mati, dan bergaul dengan orang yang mempunyai kebiasaan yang sama yang tentunya itu tidak membuat diri menjadi semakin lebih baik.

Pengalaman pertama saya melihat umat Islam adalah pada saat terjadi serangan 9/11. Saya ingat saya masih sangat muda pada waktu itu, saya tidak sepenuhnya menyedari apa yang sedang berlaku. Bahkan, saya berlari ke teman-teman saya selepas melihat laporan berita, dan saya mengatakan kepada mereka bahawa "pelancong" telah menyatakan perang terhadap Amerika, kerana saya belum pernah mendengar tentang pengganas sebelumnya.

Sementara perang itu berlangsung, saya melihat semakin banyak maklumat tentang perang di Afghanistan, saya mula memahami bahawa orang-orang yang diperangi ini adalah Muslim. Kaum Muslim melakukan kekejaman mengerikan di seluruh dunia dalam anggapan saya. Lewat maklumat media yang bias, saya mulai sangat membenci umat. Bahkan saya cuba untuk bergabung dengan tentera tiga kali dengan tujuan agar boleh pergi ke sana (Afghanistan) dan membunuh banyak orang yang saya boleh, sebagai sebahagian daripada usaha saya membela serta melindungi keluarga saya. Saya fikir pada waktu itu Muslim telah melakukan kejahatan besar dunia.

Mencari Islam

Saya kemudian mulai mendengar lebih banyak tentang Islam, kali terakhir saya melamar tentera, saya datang ke stesen radio, pada waktu itu saya mendengar radio yang mendedahkan tentang teori konspirasi, dan sejenisnya. Stesen radio itu membicarakan tentang perang melawan keganasan dan tentang kehidupan Nabi Muhammad.

Tidak satupun yang saya dengar hal-hal baik dari pembicaraan di radio tentang Nabi Muhammad. Saya mula mempersoalkan apa yang diyakini Muslim pada waktu itu, membuat saya berusaha melakukan pencarian spiritual.

Pada saat saya sedang mencari Mitologi Nordik dan Paganisme, salah satu teman saya mengatakan kepada saya sebelum saya memutuskan mengkaji paganisme ada baiknya saya melihat-lihat ajaran spiritual yang lain. Nasihat kawan-kawan saya itu membuat saya mencari maklumat tentang Muslim di Internet. Saya fikir salah satu muslim pertama yang saya lihat di Internet adalah Baba Ali. Dia mematahkan stereotaip tentang Muslim untuk saya. Saya terkejut bahawa orang ini lucu dan ia sangat santai. Dia tidak berjanggut lebat dan tidak berteriak "Bunuh kafir."

Untuk memenuhi kehausan saya akan Islam, saya memutuskan untuk meminjam Al-Quran dari kampus. Ketika saya memilikinya, saya fikir saya telah memilih "Buku Pegangan pengganas," dan saya khuatir bahawa agen MI5 akan datang untuk menahan saya. Saya memutuskan untuk segera keluar dari perpustakaan dan membawa pulang Al-Quran yang saya pinjam.

Tapi begitu saya mula membaca Al-Quran (terjemah), saya langsung tersedar. Saya tidak boleh berhenti membacanya, melainkan tenggelam jauh semakin ke dalam menghujam ke hati. Saat saya membaca surat-surat yang ada di Al Quran, saya tak sengaja membaca tentang orang-orang di neraka yang meminum air mendidih sehingga membakar tekak mereka. Membaca ini, hati saya bergetar, seakan-akan saya dapat merasakan tekak saya terbakar, dan saya boleh merasakan bagaimana sebenarnya hal ini, sehingga saya memutuskan saya perlu berubah.

Dalam usaha untuk berubah, hal pertama yang saya lakukan adalah saya pergi ke masjid, saya menghabiskan sepanjang hari di sana dengan membaca. Bahkan ibu saya menelefon di malam hari dan bertanya di mana saya berada sepanjang hari. Saya bilang saya berada di masjid

Dengan terkejut beliau mengatakan, "Tidak, kamu tidak boleh di Masjid, kamu seorang Kristian. Kristian tidak pergi ke masjid."

Dia sangat terkejut dan sangat yakin bahawa saya akan menyusuri jalan yang buruk.

Itu reaksi asli ibu saya, namun setelah beberapa saat dia mula menerimanya. Dia banyak menangis. Saya tidak terlalu yakin mengapa dia menangis, saya fikir dia merasa saya menolak semua yang diajarinya ke saya selama ini.

Banyak orang mengatakan bahawa ketika mereka mencari Islam, seolah-olah mereka sudah pulang ke rumah asalnya. Dan itulah perasaan yang saya dapatkan. Saya di masa lalu bukan saya sama sekali, saya sedang dikendalikan oleh sesuatu yang lain. Hal yang baik terjadi sejak saya masuk Islam. Jika saya akan memberikan nasihat kepada orang lain yang bertanya tentang Islam, saya pasti akan memberitahu mereka untuk datang ke masjid dan berbicara dengan seorang yang mempunyai pengetahuan tentang hal itu. Jangan mencari di Internet untuk jawapannya. Ada beberapa perkara yang baik di Internet, tetapi jika anda tidak tahu apa-apa tentang Islam, anda tidak boleh menilai apa yang benar dan apa yang salah. Jadi jauh lebih baik untuk bercakap dengan seseorang yang faham dan berilmu. Habiskanlah masa dengan umat Islam. Saya menghabiskan beberapa minggu di komuniti mereka, dan anda akan mendapatkan pemahaman tentang siapa mereka dan seperti apa high mereka.

Jangan takut dengan apa yang difikirkan keluarga anda, saya awalnya bimbang tentang apa yang orang tua saya akan fikirkan, namun setelah masuk Islam saya berharap yang terbaik untuk orang tua dengan mengikuti jejak saya memeluk Islam

Cuba klik kat sini

Usrah

0 comments

Perkataan usrah berasal dari kalimah Arab 'al-usrah yang bermaksud keluarga. Manakala menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, keluarga bermaksud kaum, saudara mara, kaum kerabat, sanak saudara atau pun ia disebut sebagai Famili. Di dalam kammus al-Munjid Fi al-Lughatu Wa al-A'lam adalah mufrad iaitu satu kumpulan yang mempunyai hubungan yang kukuh.

Manakala dari segi istilahnya pula, usrah bermaksud kumpulan atau individu atau mukmin yang beriman dengan agama Islam, berusaha dan tolong- menolong di antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Islam berdasarkan kepada perintah Allah di dalam surah al-Maaidah ayat 2 yang bermaksud “ Dan hendaklah kamu bertolong-tolong untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolong dalam membuat dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaan-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahnya).

Pembentukan Usrah yang pertama yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w ialah di rumah al-Arqam bin Abi –Arqam. Rasul mengajar mereka yang hadir setiap ayat Quran yang diturunkan. Baginda juga menekankan proses pembinaan sifat-sifat luhur seperti baik hati,amanah, bertanggungjawab, bercakap benar, berani dan sebagainya di dalam diri para sahabat.

Jelaslah di sini bahawa ‘usrah’ bukan sahaja tempat untuk menyampaikan atau mendapatkan ilmu, malahan ia merupakan tempat untuk sesama ahli kumpulan membincangkan sesuatu masalah yang timbul dan juga tempat untuk membentuk peribadi dan sahsiah ahli usrah dan bertolong-tolong apabila ada ahli yang ditimpa kesusahan. Usrah juga merupakan satu medium dakwah untuk berdialog mengenai Islam secara dinamik.



untuk lebih info tentang usrah, jom klik link Usrah ni