Sebab Tinggalkan Gereja (Hujah 1)


Hujah ini adalah diperoleh daripada karangan seorang hamba Allah yang diberi nama Muhd Yusuf Marlon Bin Abdullah..semoga segala karangan beliau dapat kita ambil iktibar. Karangan beliau menyatakan hujah kenapa beliau meninggalkan gereja dan memilih masjid.



Berikut merupakan hujah pertama beliau iaitu Paulus: Pengasas Agama Kristian.


 Muhd Yusuf Marlon Bin Abdullah

PAULUS: PENGASAS AGAMA KRISTIAN

Dalam sejarah sudah pasti kitab Injil dan kitab Taurah yang asal tidak wujud lagi namun penulis yakin bahawa kitab Bible yang ada sekarang (Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru) pasti kita akan menemui  petunjuk kerana bukan semua ayat yang ada di dalamnya diubah. Sudah pasti ada ayat-ayat yang kekal dan terpelihara keasliannya walaupun dalam bahasa yang berlainan namun maksud yang sama.  

Paulus merupakan seorang Yahudi yang lahir di Tarsus di Tanah Kilikia (Kisah Rasul-Rasul 22:3), berketurunan Farisi (Filipi 3:5), beliau sebenarnya bukan seorang dari 12 pengikut awal Yesus a.s., bahkan Paulus adalah penentang kepada ajaran yang dibawa oleh Yesus a.s. buktinya ialah beliau sendiri yang menceritakan dalam Kisah Rasul-Rasul 22:1-5.

“Paulus berkata,  Bapa-bapa dan saudara sekalian, dengarkanlah apa yang hendak kukatakan kepadamu sebagai pembelaan diri. “Ketika orang banyak itu mendengar ia berbicara dalam bahasa Ibrani, makin tenanglah mereka. Ia berkata: Saya adalah orang Yahudi, lahir di Tarsus di tanah Kilikia, dan dibesarkan di Yerusalem sebagai murid Gamaliel; Saya diajar dengan teliti tentang Taurat nenek moyang kita, sehingga aku menjadi seorang giat bekerja bagi Allah sama seperti kamu semua pada waktu ini. Dan aku telah menganiaya pengikut-pengikut Jalan Tuhan[1] sampai mereka mati; laki-laki dan perempuan kutangkap dan kuserahkan ke dalam penjara. Tentang hal itu baik Imam Besar mahupun semua anggota Majlis Agama dapat memberi kesaksian. Dari mereka aku telah membawa surat-surat untuk saudara-saudara di Damsyik dan aku telah pergi ke sana untuk menangkap penganut-penganut Jalan Tuhan yang terdapat juga di situ dan membawa mereka ke Yerusalem untuk dihukum”.  

Kitab Bible pada asasnya ada empat Gospel (sumber), Matius, Markus, Lukas dan Yohanes (Yahya). Gospel yang paling awal ialah Gospel Markus dan yang lain-lain datang kemudian. Gospel Yohanes diragui keasliannya oleh para ulama Kristian. Di dalam kitab Bible juga terdapat “Empat Belas Surat kepada Paulus” yang datang kemudian. Gospel Barnabas pula diketepikan dan tidak dijadikan sebagai sumber rujukan kerana kononnya menyeleweng.

Dr. Maurice Bucaille (1979), seorang ulama Perancis yang terkenal mengatakan bahawa Paulus seperti berikut:
“Paulus merupakan orang yang paling kontroversi dalam aliran Kristianiti. Beliau merupakan pengkhianat kepada Yesus a.s. dan ajaran yang dipraktikkan oleh sebilangan keluarga terdahulu dan kepada salah seorang pengikut setia Yesus a.s. iaitu James yang tinggal di Jerusalem (Palestine). Paulus mencipta Kristianiti menggunakan orang-orang yang menjadi pengikut Yesus a.s. untuk menyebarkan ajarannya”.
Sementara itu, Ensiklopedia Britannica menggambarkan bahawa Paulus seperti berikut:
“Sekumpulan penulis seperti W. Wrede secara tidak berniat untuk menentang Paulus berpendapat bahawa Paulus memang merubah agama Kristianiti dan itulah sebabnya beliau merupakan pengasas yang kedua. Hakikatnya, beliau merupakan pengasas kepada “Gereja Kristianiti” yang tersangat berbeza dengan agama Kristianiti yang dibawah oleh Yesus a.s. Mereka mengatakan “Ikut Yesus atau Ikut Paulus”, hakikatnya tidak boleh mengikuti kedua-duanya”.

Ayat di atas sangat jelas, semua orang boleh faham dan tahu bahawa tidak boleh mentaati dua orang pemimpin dalam satu masa, dua arahan dan bahkan melaksanakan dua keinginan dalam satu masa. Sangat tidak lojik dan tidak rasional jika dua peraturan akan dilaksanakan dalam satu masa sedangkan kedua-duanya bertentangan di antara satu sama lain.

Itulah sebenarnya yang harus kita ambil perhatian iaitu mengkaji tentang ajaran yang kita amalkan terutamanya sumber-sumber peraturan dan undang-undang yang kita laksanakan sepanjang hidup kita. Sebagai contoh, ajaran Paulus dalam “Empat Belas Surat kepada Paulus” yang sangat-sangat bertentangan dengan Gospel-Gospel yang lain. Perbezaan yang sangat-sangat besar sehingga boleh merosakkan akidah dan ajaran yang dibawah oleh Jesus a.s.

Mengenai perkara ini, Yesus a.s. memberi peringatan bagaimana manusia dapat membezakan nabi palsu dan nabi tulen. Disebut dalam kitab Bible seperti berikut:

Waspadalah terhadap nabi palsu. Mereka datang kepada kamu dengan rupa domba, tetapi sebenarnya mereka seperti serigala buas. Kamu akan mengenal mereka melalui hasil perbuatan mereka. Belukar berduri tidak menghasilkan buah anggur dan semak berduri tidak menghasilkan buah ara. Tetapi pokok yang subur menghasilkan buah yang baik dan pokok yang tidak subur menghasilkan buah yang buruk. Pokok yang subur tidak dapat menghasilkan buah yang buruk dan pokok yang tidak subur tidak dapat menghasilkan buah yang baik. Setiap pokok yang tidak menghasilkan buah yang baik, ditebang lalu dibakar. Demikianlah kamu akan mengenal nabi palsu melalui perbuatan mereka”. (Matius 7:15-20)

Sudah jelas dan nyata bukti yang ada dalam kitab Bible sendiri tetapi yang anehnya umat Kristian masih tidak membuka minda untuk perkara ini. Kenapa perkara ini boleh berlaku? Adakah kerana mereka tidak menjumpai ayat ini? Tidak membaca kitab mereka sendiri? Ataupun mereka memang tahu tetapi buat-buat tidak tahu dan tidak mengerti apa yang ingin sampaikan ayat tersebut.
Sudah jelas jika namanya manusia pasti sumber rujukan undang-undang kehidupan  bersumberkan dari Sang Pencipta dan bukannya akal manusia yang sentiasa melakukan kesilapan. Manusia pasti menginginkan peraturan hidup yang sempurna dan jauh dari pengaruh kepentingan segelintir manusia yang tamak dengan harta, pangkat dan nama.

Lihat firman Allah s.w.t. di dalam al-Quran:

Maksudnya:

“Dan Kami turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran untuk mengesahkan benarnya kitab-kitab suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu. Kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing) dan kalau Allah menghendaki nescaya ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh)  kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.”                                                                                                 (al-Maidah 5:48)                                                                               

FirmanNya lagi:

Maksudnya:

“Sesungguhnya keterangan Al-Quran adalah kata-kata pemutus (yang sebenar)”.                                                                                                                                 (al-Thariq 86: 13)                   

Penulis sering kali membawa contoh bahawa jika dahulunya pada zaman Yesus a.s. membawa undang-undang maka wajiblah setiap umatnya mengikuti peraturan tersebut namun jika sampai masanya untuk digantikan tempatnya sebagai pemimpin maka peraturan dan undang-undang manakah yang harus dituruti dan ditaati. Erti kata lain, boleh jadi peraturan yang lama akan terhapus atau pun mungkin boleh jadi diganti dengan peraturan yang lebih baik dan lebih sistematik. Sekarang siapakah pengganti tersebut? Bukankah Nabi Muhammad s.a.w.? Diutuskan untuk menyempurna risalah kenabian yang terakhir. Jawapannya satu sahaja, tunggu dan lihat kedatangan Yesus a.s. untuk menjelaskan isu ini namun persoalannya bila ia akan datang kembali? Adakah para penganut agama Kristian dapat menjamin bahawa mereka masih hidup waktu Yesus sampai di bumi ini? Bagaimana jika tidak sempat? Sudah pasti mereka akan mati dalam kesesatan kerana mempercayai akidah yang salah. Ingat bahawa di hari akhirat kelak para Nabi tidak akan memberi syafaat jika umat mereka berada dalam landasan yang salah.



[1] Siapakah mereka yang dimaksudkan pengikut-pengikut jalan Tuhan?