Kebenaran Agama Kristian


Seringkali orang kristian mengajak umat Islam supaya memeluk agama mereka kerana pada dakwaan mereka, agama kristian itulah yang benar dan ajaran Islam itu palsu. Satu persoalan yang timbul ialah, di manakah kebenaran agama kristian ? Mari kita bongkarkan kriteria-kriteria yang membuktikan bahawa ajaran kristian itu benar atau salah.

1.Konsep Ketuhanan.

Ajaran kristian menekankan bahawa Allah itu terdiri daripada tiga oknum, iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Tuhan Ruhul Kudus. Ketiga-tiga 'Tuhan' ini bukanlah tiga, tetapi satu. Logikkah pemikiran ini ?

Lebih-lebih lagi salah satu 'Tuhan' orang kristian iaitu Yesus (Nabi Isa) yang kononnya Tuhan Allah itu sendiri menurut kepercayaan orang kristian, diperlakukan seperti manusia biasa. Dalilnya :

Di dalam 'Matius fasal 4 ayat 5, menyebut : 

"Kemudian daripada itu iblispun membawa Yesus ke Negeri Suci, lalu diletakkannya Jesus di atas bumbung Baitullah."

Persoalannya, wajar atau tidak 'Tuhan' yang disembah dan dimuliakan manusia dibawa oleh iblis yang dilaknat dan dikutuk , 'Tuhan' tunduk kepada kemahuan iblis dibawa ke mana-mana sahaja ?

Di dalam 'Matius' lagi, fasal 27 ayat 1-2, menyebut :

"Setelah hari siang hari, maka segala ketua imam dan orang-orang tua kaumpun berundinglah atas hal Yesus supaya dibunuhkan dia, maka diikat dia serta dibawa pergi lalu diserahkan kepada Pilatus, iaitu wakil pemerintah".

Mari kita sama-sama fikirkan, wajarkah 'Tuhan' boleh diikat sesuka hati oleh manusia dan dimana pula kekuatan yang ada pada diri 'Tuhan' sehingga sanggup menyerah diri kepada manusia ? 

Disebut pula di dalam 'Lukas' fasal 2 ayat 21, menyebut :

"Apabila genap delapan hari, ia disunat, lalu disebut namanya Yesus.."

Wajarkah 'Tuhan' disunatkan kemaluannya seperti manusia biasa ? Apakah perlunya 'Tuhan' disunatkan ? Kalaulah 'Tuhan' itu disunatkan beerti 'Tuhan' mempunyai hawa nafsu untuk kepuasan seks.

Di dalam 'Matius' lagi, fasal 26 ayat 2, menyebut : 

"Anak manusia akan diserahkan supaya disalibkan..".

Yang dimaksudkan dengan anak manusia disini ialah Yesus dan disini jelaslah bahawa Yesus itu bukanlah anak Tuhan tetapi anak manusia. Ini merupakan
 pertentangan di antara konsep kepercayaan ajaran Kristian bahawa Yesus itu adalah anak Tuhan.

Jika Yesus itu benar-benar Allah, mengapa dia dilahirkan oleh manusia ? adakah Yesus itu sendiri berketurunan Tuhan ? wajarkah ilmu pengetahuan zahir atau batin menerima bahawa Tuhan itu diperanakkan ?

2. Percanggahan Dalam Alkitab 

Wajarkah sebuah kitab yang dianggap suci dan datang dari Allah mempunyai banyak kesilapan dan kesalahan di dalamnya ? melainkan isi kandungannya telah diubah oleh tangan-tangan manusia itu sendiri.

3. Tiada Ulama dan Tokoh Ilmuwan 

Ajaran Kristian tidak mempunyai ulama atau tokoh ilmuan yang mampu menghuraikan dengan lebih lanjut tentang ajaran Kristian atau menghuraikan pengertian ayat-ayat yang terkandung di dalam alkitab dengan lebih jelas dan terang.

Ketiaadaan tokoh-tokoh agama di dalam ajaran Kristian melambangkan ajaran tersebut ketandusan ilmu pengetahuan dan penghuraian lanjut tentang peranan yang seharusnya dimainkan oleh ajaran Kristian. Agama Kristian hanya menyediakan para mubaligh untuk berdakwah menyeru manusia ke arah agamanya tetapi tidak mampu melahirkan manusia yang benar-benar profesional dan berkualiti terhadap konsep kepercayaan tersebut.

Sepatutnya di sana perlu sekali penjelasan mendalam tetang konsep agama, konsep ketuhanan, konsep dakwah dan sebagainya yang mampu dihuraikan oleh para ulama Kristian. Merekalah yang bertanggungjawab menyelesaikan permasalahan yang dihadapi dalam kehidupan manusia seharian dan menyelesaikannnya dengan baik dan kemudian memandu mereka ke jalan yang benar. 

Tetapi hakikatnya ajaran Kristian tidak bermaya melahirkan tokoh ilmuan dalam agamanya dan tidak pula mampu untuk mengeluarkan ulama yang berperanan, sebagaimana yang berlaku di dalam ajaran Islam, seolah-olah tersebut menyekat budaya berfikir dan kebebasan mengeluarkan idea.

4. Konsep Ijtihad, Tajdid dan Mujaddid 

Setiap ajaran memerlukan idea-idea pembaharuan atau tajdid untk mengemaskini ajaran agama. Maksud pembaharuan atau tajdid ini bukannya mencipta suatu bentuk ajaran lain dalam agama atau mengubahsuai ajaran agama atau mengada-adakan suatu ideologi dalam agama, tetapi apa yang dimaksudkan ialah suatu pembaharuan yang membaik pulih ajaran agama yang telah ditinggalkan oleh para penganutnya atau membetulkan segala kesilapan dan kesalahan yang dilakukan oleh para penganutnya dengan menilai semula apa yang sepatutnya yang dituntut oleh ajaran agama.

Di dalam ajaran Kristian tidak wujud sama sekali konsep tajdid yang mencetuskan idea 'ijtihad' terhadap sesuatu perkara yang tidak terdapat dalam nas atau dalam kitab suci, justeru ianya memerlukan suatu bentuk pemikiran yang tidak melanggar ketentuan syarak dan tidak terkeluar dari batas-batas agama. Konsep 'ijtihad' ini kadang-kadang bergantung kepada keadaan dan sesuatu tempat sebagai kesesuaian untuk masyarakat supaya tidak membebankan mereka di dalam mengendalikan ajaran agama.

Ajaran Islam telah melahirkan ramai tokoh ijtihad dalam masalah fiqh seperti Imam Syafi'e, Imam Maliki dan lain-lain lagi yang telah banyak memberi sumbangan kepada keharuman ajaran Islam. Juga wujud tokoh-tokoh mujaddid yang membawa pembaharuan dalam agama seperti Sheikh Mohamed Abduh, Hassan Al-Banna dan sebagainya. Golongan seperti mereka ini banyak memberi sumbangan kepada Islam melalui hasil tulisan mereka. 


Sebenarnya masih banyak lagi kriteria-kriteria mengapa Kristian perlu ditolak. Antaranya ialah manhaj kehidupan yang tidak jelas, tiada model/ contoh masyarakat Kristian yang benar-benar mempraktikkan apa yang terkandung di dalam kitab suci, perbalahan dalam mazhab yang mewujudkan permusuhan antara satu sama lain.

Kesimpulan

Hanyalah Islam agama Allah yang diperakui untuk anutan manusia seluruhnya, dan hanyalah Islam yang dapat menyelamatkan manusia dari lembah kehinaan. Firman Allah s.w.t .. : 

"Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmat-Ku dan telah Aku redhai Al-Islam itu menjadi agamamu."  
[Surah al-Maidah (5) : 3]



0 comments:

Post a Comment